Thursday, January 29, 2009

Hidup kita....

Orang kata, hidup x selalu indah, ada juga yg kata hidup ni memang palat. Tapi siapa yang sebenarnya palat? hidup or diri sendiri yang buat hidup jadi palat? Semua orang diberi pilihan untuk mencorakkan hidup sendiri, so terpulang pada kita nak corakkn macam mana. kalau hidup kita rosak, makna diri kita yang rosak. kalau hidup kita palat, maka ..... lu pikir lah sendiri (kata nabil)

Monday, January 26, 2009

Kisah Mata

Terdapat seorang gadis buta. Semua orang bencikan dia kecuali kekasihnya. Pada suatu hari, si gadis berkata pada kekasihnya, saya akan mengahwini awak kalau saya dapt melihat dunia ini. Beberapa hari kemudian, terdapat seseorang yang mendermakan matanya untuk gadis itu. Maka celiklah gadis buta itu. Namun, amat terkejutnya dia bila mengetahui kekasihnya itu juga buta. Maka, gadis itu menolak pelawaan kekasihnya itu. Lalu, kekasihnya berlalu pergi sambil tersenyum seraya berkata, tolong jaga mata saya baik-baik...

Friday, January 16, 2009

Kisah Cinta & Kawan


Satu hari, CINTA&KAWAN berjalan-jalan dalam kampung. Tiba-tiba CINTA telah terjatuh dalam telaga. Kenapa?? ... kerana CINTA itu buta... lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga. Kenapa?? ... kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap. KAWAN masih lgi tercari-cari di mana CINTA & terus menunggu. Kenapa?? ...kerana KAWAN itu sejati & tidak akan berhenti mencari CINTA...